Tuesday, April 9, 2013

Gaya Street (Sunday Market)

Skema abis tajuk utk entry kali ne .
Untuk memudahkan pelancong yg mau travel ke kota kinabalu sabah
Nah..
Hrp2  memudahkan kerja korang la yang mau travel ..
salah satu tempat yang patut dikunjungi di kota kinabalu, sabah ialah Tamu Gaya Street
Bandar kota kinabalu  ne tidak lah besar sangat .. boleh jalan kaki sahaja
Perjalanan bermula daripada Terminal Bandaran..
tetapi jika pelancong menginap di hotel kawasan bandar kota kinabalu..
rasanya boleh berjalan kaki..
Terminal Bandaran ne tidak la gempak sangat mcm KL sentral atau guna monorail..
Kita boleh menaiki CITY BUS dengan kadar tambang Rm 1.00
Tamu Gaya street ne hampir berdekatan dengan menara jubili, wisma merdeka dan Suria Sabah


Contoh City bus

Dalam city bus

Suasana gaya street 1

Suasana gaya street 2

Suasana gaya street 3

Suasana gaya street 4

kesian :(



Tamu gaya street ni hanya buka pada hari ahad sahaja bermula pukul 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari
dan memang tumpuan pelancong..
Apa itu tamu??
Ini bahasa sabahan yang bermaksud tempat perjumpaan 
macam-macam ada di jual di tamu seperti barangan cenderahati, makanan sabah dan lain-lain
Selepas berjalan di tamu gaya street..
saya mau suggest satu lokasi tempat makan yang popular berdekatan dengan tamu gaya street iaitu
Restoran FOOK YUEN..
Makanan di restoran ne style makanan cina seperti Dim sum, roti kawin…
lebih kurang konsep kopitiam gituuu..
Jangan risau..semuanya Halal dan murah


Fook Yuen


Hotel Jeselton 

Tamu Gaya Street 

 Brownies rm 5.00 hasil tangkapan di tamu gaya street


 Makan lagi ...Nom..nom 


ok travellers..selamat berjuang :)
jumpa lagi entry yg lain ..
sekian ..:)

No comments:

Post a Comment